Saturday, January 16, 2010

B O S A N

pernah tak korang rasa bosan?? walaupun sebenarnya banyak kerja yang perlu korang buat. hmm aku selalu rasa camtu. hari ni aku rasa bosan lagi. tapi, list assignment yang banyak dan project paper yg tak sentuh2 lagi belum lagi bertick!

mungkin ini la yang orang panggil 'MALAS'. hihi~~

p/s: hanya ingin meluahkan rasa hati =)

Saturday, January 2, 2010

kita di tahun baru lagi~2010

hari ni hari kedua di tahun 2010. aktiviti hari ni, bangun pagi, mandi manda, siap2, breakfast nasi lemak hanifa, pegi mines, then pulang balik kete sewa.

semalam pula pegi menambah pendapatan negara. lokasi~SOGO. agak hepy kerana ramai rakyat sedang berpusu2, bertolak2 utk memberi suntikan kepada kewangan negara. sudahnya, pendapatan kita yg berkurang.......

situasi d sogo agak memeningkan. aku hanya mencari keperluan ku atau lebih tepat lagi, 'kehendak ku', setelah menemuinya, aku hanya menunggu teman yg lain d suatu sudut yg paling tidak memeningkan d sogo tu sambil memerhati keadaan sekeliling yg mana org ramai sedang sibuk membelek2 harga, mencari yg berkenan di hati, menanyakan saiz...dan yang paling memenatkan,q utk membayar!

yang lucunya...kebanyakkan golongan wanita, gadis2, ibu2 yg memenuhi ruang..aku tengok para lelaki berdiri sambil berpeluk tubuh melihat isteri/ibu/awek/adik sedang memilih pakaian. ada yg menggendong anak. ada yg sedang memegang troli anak die sambil kepala tertinjau2 mencari kelibat sang isteri. ho ho!

ok. berbalik kepada tajuk asal entry ni. tahun 2009 merupakan tahun yg lancar sahaja bagi aku..banyak yg manis, banyak juga yg pahit. 01/01/09 aku xraikan d mana2.seingat aku, aku hanya duduk d rumah. fyi, tahun lepas aku latihan praktikal d sabah tanah airku. so, selama lebih kurang 8bulan aku d kk sebelum balik semula ke selangor untuk menghabiskan degree aku yg tggal cuma 2sem sahaja. dan sekarang, aku di final sem!

01/12/08 - 31/05/09 ~~praktikal d AKI & Co.


aku berpeluang menjalani pekerjaan sebagai seorang auditor. sedikit sebanyak pengalaman berguna yg aku dapat. pernah dimarah client n client tu telah terminate kami sbg auditornya tapi aku bersyukur kerana AKI mementingkan ethic. client tersebut secara tambah tolaknya cuba mahu memalsukan *tuuuuuut* (harap maap, xblh cte dgn lebih detail)

di tahun 2009 juga aku dapat seorang kawan baru yg diberi nama TRI PARSAnTI SUJANO.


aku dgn dia ni mmg ngam! satu kepala la orang bilang*. dia sama2 praktikal ngn aku d AKI. sepanjang d KK, dia la kwn aku shoping, begila, makan2, n tgk muvi! dan dia ni selalu ja ada masalah cinta! hahaha~~

di tahun 2009 ni JUGA...aku 1st time berjauhan dengan yg terchenta..8bulan weh..mo dekat setahun..haha selalunya sebulan lebih ja..tp xpa, aku cakap kat c terchenta, ni satu training utk yg lebih lama lagi bila aku dah abis blajar nanti.hehe

DAN........di tahun ni juga, berat ku bertambah2..mungkin sebab duduk d uma kot.hihi~~

so, harapan tahun ni, aku dapat graduate ngan result yang bagus2 n my family sentiasa diberikan kesihatan yg baik2. dipanjangkan jodoh bersama yg terchenta dan segala2nya yg baik2 la..aku harap tahun ni lebih baik dari tahun2 sebelum ni..AMINNN~~ (semua yg baik itu dtgnya dr Allah dan yg buruk itu dtgnya dr kita umat manusia sbg insan yg lemah~~)

Sunday, December 13, 2009

alone

sempena tajuk aku tu...mmg aku sdg bersendirian d rumahku syurgaku ni..hehe..
my family smua balik Beaufort pegi tgk something like "pesta tamu" or yg berkenaan la..akupun xtau sgt.

bosan pula sorg2 d rumah ni..semalam ada kenduri kat uma n brg2 yg guna untuk kenduri masih banyak lagi xbersimpan kat dapur tu..aduhhh bosann..

rasa macam sekejap sgt cuti ni...dalm 2 mggu lg,aku kena balik u suda..malassssss....
last sem!!! byk keja mo d buat...thesis..aiyaaa...

2 mggu lalu..aku,santi,madi n ahcok p tgk DIGI konsert d Foo Chow Hall KK..local indie band n band from smnnjg pun ada..it was great!especially bittersweet! haha mgkn sebab aku hanya kenal bittersweet...tp yg xbest,vokalis bittersweet xdpt dtg so dganti dgn penyanyi pengganti..dia nyanyi tak sungguh2,malas2 n tak hafal lirik! sometimes,suara penonton nyanyi lagi kuat dr suara dia! hmmm.. selain bittersweet ada lagi they will kill us all, one buck short, prana, sevencollar tshirt, n pure vibracion..

smua band perform terbaik!

after KK, dorg akn perform lagi kat JB..

xbanyak gambar yg dapat ambil..walaupun berdiri kat depan2, kamera fon aku xcukup hebat.huhu..

::local band Sabah 'Donatello'::

::crowd yang gila.haha::

::sabah local band::


::One Buck Short::

::Bittersweet::

Saturday, November 7, 2009

please DON'T read this entry!

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.

Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.

Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah 'Ashabun Nar' (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan 'dayus', peminum arak dan anak-anak derhaka.

Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.

Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.

Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali k.w. berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"

Baginda s.a.w. menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

"Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah s.a.w. menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya.

Thursday, November 5, 2009

Gelak Guling2~~

Sedang aku tgh menikmati minuman ni..


Tiba2 aku tak dapat tahan jari2 aku dari ketuk2 kat keyboard laptop ni coz tepat2 kul12am td…aku dengar budak floor aku wish birthday surprise kat member dia..siap siram ngan apa ntah…aku dengar bunyi air ja..dalam member dia gelak2 tu, skali yg ‘d surprise’ ni jerit..


“wey…ape ni….bukan la….bulan 12 la….”


Muahahahahahahahahahaha!!!! Kalau tak mengenangkan yang bilik aku dekat dengan tempat kejadian, dah aku bantai gelak guling2 kat luar bilik ni…kahkahkah!!


Hmmmm agak2 la klau nak tersilap pun…sampai siap siram2 lagi…buat malu je..

Tuesday, November 3, 2009

tidur...sleep...zzZZzz....

aku perlu tdur skg ni sebab jam sudah menunjukkan pukul12.49am... tapi tak dapat tidur...
minum nescafe+xsenang hati dan macam2 lagi...

haha agak skema ayat aku..(walaupun sebenarnya tidak..)

exam aku 7hb n 14hb...15hb balik sabah! YEAHH!!!

sekarang 3 nov...mksudnya aku ada 4 hari ja lagi utk study SM..
hmmm mood malas gila...rumet tercinta ku yg papernya 14hb sudah mula study skrg ni...
location dia skrg ni, atas katil...n sedang tertidur sambil notes, highlighter, pen n A4 paper sdg beselerak d katil dia...hmmm aku yg paper 7hb ni bila mo mula study..?

jwpnnya..........tanyala hati sendiri...adehh...

malam ni aku sangat byk merepek pula..macam tu la bila teda pa2 yg mo d kongsi..
yang aku tau, kul4.30 nanti aku mo harvest farm aku..hoho

Friday, October 30, 2009

separuh lega

wow sgt lega hari ni sebab baru ja habis 3rd paper...2 more to go!! yeahh..........
since exam yg bederet smuanya killer subject, aku buat keputusan xmau bukak laptop! GAGAH!!
haha..

tp ntahla..tiada hiburan while study pun,bukannya boleh dapat result ala2 'flying with colours!'
sama ja aku rasa..berumetkan rumet yang sangat rajin study membuatkan aku setiap hari kecut perut dan neves bila jawab exam! sampai rumet aku cakap, "1st time akak tgk khazie camni..tgk khazie camni buat akak cuak je.."..
adeh mak andeh pak andeh....aku cuak sebab cuak tgk kak aini (rumet tercinta) cuak!! hahahaha....

okayy...xde lawak kat sana aku nak gelak...hmmm (trus buat muka straight)

bila cerita pasal exam, hmmm....
every paper TERSANGATLAH SUSAH.....
1st, advanced accounting 2...2nd, accounting information system(AIS) 2...3rd, management accounting 3(costing)....
seperti yg smua sedia maklum (accounting student), advanced=FRS...
sangat x selera baca FRS ni..ayat yang mau difahami memerlukan dahi kita berkerut2 seribu dua ribu dulu baru paham dia punya statement...OR salah faham! hehe..
AIS pla aku rasa patut blaja dalam lab..tp U** aku ni bedasarkan case studies...hmmm...terima ja la...AND costing......carry mark jatuh teruk!

well...xpatut kenang lagi la kot...now, focus 2 paper lagi...

p/s: tapi lawak gila la td after exam costing..smua bising gila cakap2 pasal paper yg baru jawab...tiba2 pengawas peperiksaan bg "SHhhhhHHhh"...then suh kuar..haha!

Friday, October 2, 2009

take it or leave it

a CHANCE is what i mean......

Thursday, October 1, 2009

kepala pusing!

hari ni aku rasa sgtla tension, stress, tekanan dan makna yang sewaktu dengannya..
banyak sangat yang mau d fikir...
aku tau, tidak elok untuk mengeluh.. tapi aku bukan mau mengeluh, cuma mau mengomel..

pertama sekali, aku tak faham kenapa 'orang-orang' tak faham2 maksud aku. bila aku dah mintak tu, tolong la bagi. bukan aku minta hak kau pun. aku minta yang memang hak aku sendiri. kalau ko tak bagi hak aku, aku tak boleh tidur dengan selena2nya, makan dengan sekenyang2nya dan mandi dengan sebasah2nya..

TAPI bukan aku tak ikhlas bagi ko pinjam hak aku dulu, cuma sekarang aku sangat2 la memerlukan hak aku yang tidak seberapa itu.

aku sangat2 la berharap, 'orang-orang' yang aku maksudkan akan memahami yang aku sangat2 la memerlukan hak aku SAAT ini!

Tuesday, September 29, 2009

apakah??

bila aku buka ja blog ni, aku trus xtau mo taip apa... just start ketuk2 keypad laptop ni..hmmm...
aku sangatla kekeringan idea xtau mo tulis apa di sini...
sedangkan project paper akupun aku xda idea mo dicurahkan, apatah lagi di blog ni..adussss...

tolong aku...!!

next week perlu antar cadangan project paper...aku banyak xbuat lagi!!
aku ingatkan senang apabila kita mau kaitkan perakaunan masa kini dengan sistem perakaunan d zaman dahulu kala emm maksud aku, zaman sultan2 dulu..hihi..rupa2nya, pening yang amat aku dapat! aku perlu tau apa sebenarnya peranan pembesar2 dahulu kala dalam ekonomi tapi aku masih xdapat kaitkan dengan perakaunan masa kini...mungkin aku masih xjumpa apa yang aku cari sedangkan minggu depan sudah perlu dihantar...inilah akibatnya buat kerja last2 minit...

aku perlu menjejaki arkib negara, national lib, upm lib, tapi aku masih di sini tidak begerak kemana2...aku xtau apa yang aku tunggu...bahan2 itu datang kepada akukah??? ohhh tidakkk...sudah tentu tidak akan datang pada aku...

esok aku bernekad untuk menyelesaikan apa yang bertimbun di meja aku sekarang...
ada project paper, assignment strategic management, assignment management accounting, assignment accounting information systems dan assignment advanced financial accounting...fuhhh!!! tangan ku hanya dua, otak ku hanya satu...

again...inilah akibatnya buat kerja last minit....