Saturday, November 7, 2009

please DON'T read this entry!

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.

Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.

Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah 'Ashabun Nar' (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan 'dayus', peminum arak dan anak-anak derhaka.

Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.

Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.

Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali k.w. berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"

Baginda s.a.w. menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

"Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah s.a.w. menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya.

Thursday, November 5, 2009

Gelak Guling2~~

Sedang aku tgh menikmati minuman ni..


Tiba2 aku tak dapat tahan jari2 aku dari ketuk2 kat keyboard laptop ni coz tepat2 kul12am td…aku dengar budak floor aku wish birthday surprise kat member dia..siap siram ngan apa ntah…aku dengar bunyi air ja..dalam member dia gelak2 tu, skali yg ‘d surprise’ ni jerit..


“wey…ape ni….bukan la….bulan 12 la….”


Muahahahahahahahahahaha!!!! Kalau tak mengenangkan yang bilik aku dekat dengan tempat kejadian, dah aku bantai gelak guling2 kat luar bilik ni…kahkahkah!!


Hmmmm agak2 la klau nak tersilap pun…sampai siap siram2 lagi…buat malu je..

Tuesday, November 3, 2009

tidur...sleep...zzZZzz....

aku perlu tdur skg ni sebab jam sudah menunjukkan pukul12.49am... tapi tak dapat tidur...
minum nescafe+xsenang hati dan macam2 lagi...

haha agak skema ayat aku..(walaupun sebenarnya tidak..)

exam aku 7hb n 14hb...15hb balik sabah! YEAHH!!!

sekarang 3 nov...mksudnya aku ada 4 hari ja lagi utk study SM..
hmmm mood malas gila...rumet tercinta ku yg papernya 14hb sudah mula study skrg ni...
location dia skrg ni, atas katil...n sedang tertidur sambil notes, highlighter, pen n A4 paper sdg beselerak d katil dia...hmmm aku yg paper 7hb ni bila mo mula study..?

jwpnnya..........tanyala hati sendiri...adehh...

malam ni aku sangat byk merepek pula..macam tu la bila teda pa2 yg mo d kongsi..
yang aku tau, kul4.30 nanti aku mo harvest farm aku..hoho