Sunday, February 21, 2010

cuti dah habis!

aduhhh bosannya. Hari ni merupakan hari terakhir bagi cuti mid semester aku. lepas ni dah takda cuti. kenapa? sebab ni merupakan semester terakhir aku kat UPM. (doakan aku berjaya untuk sem ni k.)

esok dah bermula perjuangan aku. ceh ceh macam apa ja. banyak sangat yang menanti aku untuk seminggu nanti. test, presentation dan project paper. huwaaa! bila mengenangkan project paper, aku jadi seram sejuk. huhu sorry Dr. Hasri. aku selalu je buat kerja last minit. kalau korang nak tau, tajuk FYP aku adalah "The Role of High Officials of Sultanate Malacca in Accounting". perrgghh! mana nak cari tu? haha. susah beb. tapi takpa. aku try.

then, diikutkan 'book planner' aku untuk sabtu dan ahad pun dah berisi 'Finishing School'. tapi dah boleh erase. hehe dah ditunda pula kepada bulan depan. emm asyik tunda ja.

pastu, aku pasti sangat2 pasti, after cuti ni ja, bermula la lagi training Zapin kami. habisslllaaaahhh... tapi takpa, menyihatkan badan. boleh exercise setiap malam. hehe.

ok lah. macam dah cakap banyak ja ni. study tak lagi. so, aku nak pegi date dengan buku 'Theory and Accounting Practices' dulu la k. tata!

p/s: tolong lah jangan bagi mata aku mengantuk lagi. (dengar lagu Hoobastank-I Don't Think I Love You jap lah. hehe)

Thursday, February 18, 2010

Mari Belajar. ini..?

Saya tidak pandai menari,
Sebarang tari saya tarikan,

Saya tidak pandai menyanyi,

Sebarang nyanyi saya nyanyikan.


(Pantun Melayu, bil. 1, Wilkinson dan Windstedt)


Apa point aku berpantun kat atas tu? takda apa. saja tiba2 mahu berpantun. hihi. masuk tahun 2010 ni, sudah tahun ke-4 aku belajar pasal tarian Zapin. ya, Zapin. kalau diingat balik, masa mula2 aku belajar Zapin dulu, pehh!memang salah habis. step entah ke mana, skil entah ke mana. 1st year aku belajar Zapin ni, aku yakin, aku lah antara orang yang paling kayu sekali di dunia ni bila menari. haha. betul aku tak tipu. kalaulah time tu ada orang ambil gambar aku, boleh la aku tunjuk bukti kat korang. tapi sayang, takda. (nasib baik takda.hehe)

ok. berbalik kepada sebab sebenar aku tulis entry ni yea. aku rasa ramai orang tau apa tu tarian Zapin. tapi hanya tau sahaja tanpa mengetahui dari mana asalnya kan?

Zapin ni dipercayai diilhamkan dari Arab pada kurun ke-14. kalau dulu2, tarian ni ditarikan untuk majlis2 keagamaan sahaja dan hanya ditarikan oleh lelaki. tapi sekarang, tarian ini sudah dikenali sebagai salah satu bentuk hiburan, maka wanita pun turut menarikan tarian ni. selalunya tarian ni diiringi dengan gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas.

ok2, mesti dah bosan kan. haha. meh kita tengok gambar2 pula.

::ni zapin padang sari::

::budak sekolah perform Zapin di Batu Pahat::

zapin ni ada banyak jenis. kali ni aku terangkan generally ja la k. next entry nanti aku cerita pasal Zapin Padang Sari.

::siapakah wanita bertiga ni??hehe::

Wednesday, February 17, 2010

Bosan Lagi

kata orang, "action speaks more than words". so, tengok ja la gambar tu. itu sudah cukup menggambarkan betapa bosannya aku hari ni. aku bosan dengan sekeliling aku sekarang. aku bosan baca jurnal yang tak habis2. aku bosan buat assignment. aku bosan buat project paper. dan aku bosan "itu". aku bosan. bosan. bosan. bosan.

Psstt..! tapi aku tak bosan tengok Gu Jun Pyo! hehe

New Look

akhirnya, setelah berjam2 mencari background yang sesuai untuk blog aku ni, TARAAAA!!! haha. ini ja yang aku mampu. (T_T)

p/s: CI tak siap lagi. (=.=")

Tuesday, February 16, 2010

butterfly II

actually, that little thing tak mati pun. hanya tidur. kot?? tengok. dia dah terbang ke atas sana pun. terkejut aku. tiba2 ja dia bergerak. haha

butterfly


kesian this little thing.. tadi masa aku baru nak bermula buat kerja, dia baru landing sebla aku. n now macam dia da mati. tak gerak2 langsung. n i wonder, why dia tiba2 mati?

Tajuk?


::gambar ni di ambil sewaktu hendak menyiapkan assignment Dasar Sosial Korporat::

hari ni aku sangat tak mencapai matlamat untuk menyiapkan kerja2 ku yang terbengkalai. kononnya mau menyiapkan assignment current issue untuk topic 4 dan 5..tapi hampeh betul..satu pun tak siap..huwaaaa...

hari ni mengantuk yang amat.. tak tau kenapa..mungkin sebab setiap malam tidur tak lena..macam tu la kot kalau tidur kat bilik orang. siang tadi, aku balik bilik aku after makan. then baring2 jap. hmmm terus leboh! (leboh=tidur. B yg ajar. klau tak betul, salahkan B. haha)

sekarang ni, aku tengah nak ambil mood untuk study. hehe. mood la sangat.dari tadi aku asyik berFB dan berTwitter. yah..memang benar macam yang ada di newspaper Kosmo! hari ni. "Facebook dorong...." aku dah lupa ayat td. haha. dorong kelalaian maybe.. yang penting, something yang xbagus lah. hihi.

banyak sangat yang aku nak cakap kat blog hari ni..tapi masa macam tak mengizinkan. so, jumpa lagi nanti. aku bagi cerita yang lebih banyak k.

p/s: aku ingin memperbaiki penulisanku.

aku di perantauan (tajuk mo poyo~) haha!

Gong Xi Fa Cai!! to all of my Chinese frens!
hmmm sekarang tengah cuti mid sem bg IPTA..cuti seminggu pula tu..
mmg hidup sgt bosan d kolej..sunyi sepi..
so bg menghilangkan rasa sunyi, kami buat BBQ with Sabahan n Sarawakian student at KMR..


hari tu Wawa and Deela ajak berBBQ with the others.. haha hari tu bukan main lagi konon cam ramai yang take part.. skali tgk lelakinya sorg jak! c Hassan! haha budak kecik yg lucu~


ajak my B jugak ikut BBQ skali..(walaupun dtg time makan sahaja) haha..sorry B..

Wednesday, February 10, 2010

sad

pagi tadi aku dan ahli grup aku yg len presentation DSK. Dasar Sosial Korporat. sgt sedihhhh... macam apa yg ktorg discuss selama 2 hari beturut2 x berbaloi.

dahla rush buat presentation. hmm sedih sedih sedih :'(

so frustating!

feels moody all day~

HELP!