Thursday, February 18, 2010

Mari Belajar. ini..?

Saya tidak pandai menari,
Sebarang tari saya tarikan,

Saya tidak pandai menyanyi,

Sebarang nyanyi saya nyanyikan.


(Pantun Melayu, bil. 1, Wilkinson dan Windstedt)


Apa point aku berpantun kat atas tu? takda apa. saja tiba2 mahu berpantun. hihi. masuk tahun 2010 ni, sudah tahun ke-4 aku belajar pasal tarian Zapin. ya, Zapin. kalau diingat balik, masa mula2 aku belajar Zapin dulu, pehh!memang salah habis. step entah ke mana, skil entah ke mana. 1st year aku belajar Zapin ni, aku yakin, aku lah antara orang yang paling kayu sekali di dunia ni bila menari. haha. betul aku tak tipu. kalaulah time tu ada orang ambil gambar aku, boleh la aku tunjuk bukti kat korang. tapi sayang, takda. (nasib baik takda.hehe)

ok. berbalik kepada sebab sebenar aku tulis entry ni yea. aku rasa ramai orang tau apa tu tarian Zapin. tapi hanya tau sahaja tanpa mengetahui dari mana asalnya kan?

Zapin ni dipercayai diilhamkan dari Arab pada kurun ke-14. kalau dulu2, tarian ni ditarikan untuk majlis2 keagamaan sahaja dan hanya ditarikan oleh lelaki. tapi sekarang, tarian ini sudah dikenali sebagai salah satu bentuk hiburan, maka wanita pun turut menarikan tarian ni. selalunya tarian ni diiringi dengan gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas.

ok2, mesti dah bosan kan. haha. meh kita tengok gambar2 pula.

::ni zapin padang sari::

::budak sekolah perform Zapin di Batu Pahat::

zapin ni ada banyak jenis. kali ni aku terangkan generally ja la k. next entry nanti aku cerita pasal Zapin Padang Sari.

::siapakah wanita bertiga ni??hehe::

No comments: