Monday, April 26, 2010

Updating Yallzz!

Assalammualaikum...(buat nada macam Dr. Izi kt HotFm tu k)

tajuk entri aku kali ni, UPDATING.
yes, update benda2 yang jadi pada aku selama aku tak mengupdate blog aku ni. Sorry guys, intenet tersangatla kejam. baru hari ni aku dapat bukak blog aku ni. sedih tak.. ya, memang.. tuding jari pada USIPUT.

ok2..

setelah berbulan2 training zapin untuk Zafest2010, akhirnya masa tu sudah tiba dan sudah ada pemenangnya. unfortunately, that night wasnt for us, Sanggar Citra Fansuri, but for the other group yang datang dari jauh, Bintulu Sarawak.

Yang penting, kami tak balik dengan tangan kosong. Anugerah Busana Terbaik! dua tahun berturut2 kami rangkul anugerah tersebut. walaupun sedih 1, 2 dan 3 bukan milik kami, tapi kami redha. tu adalah pengalaman untuk budak2 baru tu. kami dulu pun perna kalah what sebelum menang Johan dan Naib Johan. haha


::1st Dancer::

ok yang itu untuk Zafest. seterusnya, my final year project paper! Finally sudah dijilid dan sudah dihantar! harap2 Dr. Hasri bagi A. Aminnnn.....
pada hari rehearsel untuk Zafest, aku ambil masa sikit pegi jilid thesis. haha kelam kabut juga. tapi yang penting, semuanya okay dan dah selamat dihantar pun..


::FYP ku::


now, tengah Final Exam! untuk final semester degree aku beb! tak sangka sudah 4 tahun aku lalui semua ni. Alhamdulillah. next week aku tinggal satu paper ja lagi. Islamic Finance. harap2 aku dapat buat dengan baik..

so, tu ja yang aku nak update pasal kehidupan aku kat UPM buat masa ni. nanti ada masa, aku update lagi k.

xoxo!

Tuesday, March 23, 2010

1st Dancer

Sanggar Citra Fansuri..

itu adalah nama rasmi bagi penari-penari KMR..
dulu aku pernah buat entri pasal ahli-ahli baru Sanggar kan?
time tu aku kata aku tak berapa suka what so ever la kan..
tapi sekarang aku dah mula sayang dengan dorang semua..

aku dah boleh terima dorang...
tak lama lagi nak pertandingan dah...
pasni takde dah tiap-tiap malam jumpa n bergila bersama-sama..

sob...sob...

lagi 3 hari nak pratonton..
lagi 4 hari pula nak pertandingan dah...
walaupun tak sabar nak pegi hari bertanding, dalam masa yang sama still rasa sedih juga jauh disudut hati..huhu..

so guys! aku harap kita dapat buat dengan baik! tak kira la menang ka tak, yang penting kita buat yang dah terbaik mungkin! all out uolsss!!

xoxo~~

Wednesday, March 17, 2010

whatever!

sob.. sob..

sorry aku tak dapat tunaikan janji untuk bagi lebih banyak info pasal zapin macam yang aku dah janjikan sebelum ni. agak busy la fren.huhu.

tadi baru ja jumpa Dr. Hasri untuk mendengar komen2 beliau pasal chapter 4 dan chapter 5 (findings and conclusion). huhu banyak yang perlu ditambah lagi. data tak cukup. kena cari lagi. adehh..masa dah makin singkat. current issue ada 4 report lagi nak kena buat. presentation ada 3 lagi. zapin lagi... help..................

ah jangan down lagi! harus bersemangat untuk buat FYP! demi diri sendiri, family n dr.hasri (paling tak lupa demi Allah). eh napa aku punya semangat lain macam.? dah pening n kabur mata kot tengok ayat semata-mata. sejarah pula tu. adehhhhhh...

jumaat malam ni ada Majlis Sinar Gemerlapan (MSG) kat Hotel Pan Pacific KLIA. can't wait to see all of us get dressed up that night! all gorgeous girl and handsome boy, lets make ourself cantek2 and kacak2 that night! hehe

Sunday, February 21, 2010

cuti dah habis!

aduhhh bosannya. Hari ni merupakan hari terakhir bagi cuti mid semester aku. lepas ni dah takda cuti. kenapa? sebab ni merupakan semester terakhir aku kat UPM. (doakan aku berjaya untuk sem ni k.)

esok dah bermula perjuangan aku. ceh ceh macam apa ja. banyak sangat yang menanti aku untuk seminggu nanti. test, presentation dan project paper. huwaaa! bila mengenangkan project paper, aku jadi seram sejuk. huhu sorry Dr. Hasri. aku selalu je buat kerja last minit. kalau korang nak tau, tajuk FYP aku adalah "The Role of High Officials of Sultanate Malacca in Accounting". perrgghh! mana nak cari tu? haha. susah beb. tapi takpa. aku try.

then, diikutkan 'book planner' aku untuk sabtu dan ahad pun dah berisi 'Finishing School'. tapi dah boleh erase. hehe dah ditunda pula kepada bulan depan. emm asyik tunda ja.

pastu, aku pasti sangat2 pasti, after cuti ni ja, bermula la lagi training Zapin kami. habisslllaaaahhh... tapi takpa, menyihatkan badan. boleh exercise setiap malam. hehe.

ok lah. macam dah cakap banyak ja ni. study tak lagi. so, aku nak pegi date dengan buku 'Theory and Accounting Practices' dulu la k. tata!

p/s: tolong lah jangan bagi mata aku mengantuk lagi. (dengar lagu Hoobastank-I Don't Think I Love You jap lah. hehe)

Thursday, February 18, 2010

Mari Belajar. ini..?

Saya tidak pandai menari,
Sebarang tari saya tarikan,

Saya tidak pandai menyanyi,

Sebarang nyanyi saya nyanyikan.


(Pantun Melayu, bil. 1, Wilkinson dan Windstedt)


Apa point aku berpantun kat atas tu? takda apa. saja tiba2 mahu berpantun. hihi. masuk tahun 2010 ni, sudah tahun ke-4 aku belajar pasal tarian Zapin. ya, Zapin. kalau diingat balik, masa mula2 aku belajar Zapin dulu, pehh!memang salah habis. step entah ke mana, skil entah ke mana. 1st year aku belajar Zapin ni, aku yakin, aku lah antara orang yang paling kayu sekali di dunia ni bila menari. haha. betul aku tak tipu. kalaulah time tu ada orang ambil gambar aku, boleh la aku tunjuk bukti kat korang. tapi sayang, takda. (nasib baik takda.hehe)

ok. berbalik kepada sebab sebenar aku tulis entry ni yea. aku rasa ramai orang tau apa tu tarian Zapin. tapi hanya tau sahaja tanpa mengetahui dari mana asalnya kan?

Zapin ni dipercayai diilhamkan dari Arab pada kurun ke-14. kalau dulu2, tarian ni ditarikan untuk majlis2 keagamaan sahaja dan hanya ditarikan oleh lelaki. tapi sekarang, tarian ini sudah dikenali sebagai salah satu bentuk hiburan, maka wanita pun turut menarikan tarian ni. selalunya tarian ni diiringi dengan gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas.

ok2, mesti dah bosan kan. haha. meh kita tengok gambar2 pula.

::ni zapin padang sari::

::budak sekolah perform Zapin di Batu Pahat::

zapin ni ada banyak jenis. kali ni aku terangkan generally ja la k. next entry nanti aku cerita pasal Zapin Padang Sari.

::siapakah wanita bertiga ni??hehe::

Wednesday, February 17, 2010

Bosan Lagi

kata orang, "action speaks more than words". so, tengok ja la gambar tu. itu sudah cukup menggambarkan betapa bosannya aku hari ni. aku bosan dengan sekeliling aku sekarang. aku bosan baca jurnal yang tak habis2. aku bosan buat assignment. aku bosan buat project paper. dan aku bosan "itu". aku bosan. bosan. bosan. bosan.

Psstt..! tapi aku tak bosan tengok Gu Jun Pyo! hehe

New Look

akhirnya, setelah berjam2 mencari background yang sesuai untuk blog aku ni, TARAAAA!!! haha. ini ja yang aku mampu. (T_T)

p/s: CI tak siap lagi. (=.=")

Tuesday, February 16, 2010

butterfly II

actually, that little thing tak mati pun. hanya tidur. kot?? tengok. dia dah terbang ke atas sana pun. terkejut aku. tiba2 ja dia bergerak. haha

butterfly


kesian this little thing.. tadi masa aku baru nak bermula buat kerja, dia baru landing sebla aku. n now macam dia da mati. tak gerak2 langsung. n i wonder, why dia tiba2 mati?

Tajuk?


::gambar ni di ambil sewaktu hendak menyiapkan assignment Dasar Sosial Korporat::

hari ni aku sangat tak mencapai matlamat untuk menyiapkan kerja2 ku yang terbengkalai. kononnya mau menyiapkan assignment current issue untuk topic 4 dan 5..tapi hampeh betul..satu pun tak siap..huwaaaa...

hari ni mengantuk yang amat.. tak tau kenapa..mungkin sebab setiap malam tidur tak lena..macam tu la kot kalau tidur kat bilik orang. siang tadi, aku balik bilik aku after makan. then baring2 jap. hmmm terus leboh! (leboh=tidur. B yg ajar. klau tak betul, salahkan B. haha)

sekarang ni, aku tengah nak ambil mood untuk study. hehe. mood la sangat.dari tadi aku asyik berFB dan berTwitter. yah..memang benar macam yang ada di newspaper Kosmo! hari ni. "Facebook dorong...." aku dah lupa ayat td. haha. dorong kelalaian maybe.. yang penting, something yang xbagus lah. hihi.

banyak sangat yang aku nak cakap kat blog hari ni..tapi masa macam tak mengizinkan. so, jumpa lagi nanti. aku bagi cerita yang lebih banyak k.

p/s: aku ingin memperbaiki penulisanku.