Sunday, January 17, 2010

menari lagi yerr!

aku baru ja balik dari latihan zapin. PENAT! badan smua sengal2. nak angkat tangan pun sakit weh. kaki peha betis sume sakittt..

hari ni mula2 hanya 2 kapel ja yang ada..skali bila nak habis latihan datang lagi 3 4 orang nak blaja. pening dibuatnyaa.. semua budak2 junior.

bukan aku tak suka. aku suka ramai yang datang nak belajar. tapi jauh di sudut hati, aku rindukan geng2 sanggar citra fansuri yang dulu2. miss u guys soooo MUCH! dulu kita semua bersatu padu.backup membackup. rindunyaa~~

budak2 baru yang datang tadi tu semua macam tak takut dgn tenaga pengajar. bila sembang, dorg2 je yang faham.. yela, dah satu geng masuk. bising pun menjadi2. pening pla dengar. aku ngn ahli2 sanggar yg lama duk pandang sesama sendiri je. so sad =(

hopefully, ni smua satu permulaan ja. harap kami semua bleh bersatu n bekerjasama dgn baik. wish us all the best k my fren!

p/s: miss u in the team guys ==> arnilla, awin, afiq, mus, sepul, fizie.


Saturday, January 16, 2010

B O S A N

pernah tak korang rasa bosan?? walaupun sebenarnya banyak kerja yang perlu korang buat. hmm aku selalu rasa camtu. hari ni aku rasa bosan lagi. tapi, list assignment yang banyak dan project paper yg tak sentuh2 lagi belum lagi bertick!

mungkin ini la yang orang panggil 'MALAS'. hihi~~

p/s: hanya ingin meluahkan rasa hati =)

Saturday, January 2, 2010

kita di tahun baru lagi~2010

hari ni hari kedua di tahun 2010. aktiviti hari ni, bangun pagi, mandi manda, siap2, breakfast nasi lemak hanifa, pegi mines, then pulang balik kete sewa.

semalam pula pegi menambah pendapatan negara. lokasi~SOGO. agak hepy kerana ramai rakyat sedang berpusu2, bertolak2 utk memberi suntikan kepada kewangan negara. sudahnya, pendapatan kita yg berkurang.......

situasi d sogo agak memeningkan. aku hanya mencari keperluan ku atau lebih tepat lagi, 'kehendak ku', setelah menemuinya, aku hanya menunggu teman yg lain d suatu sudut yg paling tidak memeningkan d sogo tu sambil memerhati keadaan sekeliling yg mana org ramai sedang sibuk membelek2 harga, mencari yg berkenan di hati, menanyakan saiz...dan yang paling memenatkan,q utk membayar!

yang lucunya...kebanyakkan golongan wanita, gadis2, ibu2 yg memenuhi ruang..aku tengok para lelaki berdiri sambil berpeluk tubuh melihat isteri/ibu/awek/adik sedang memilih pakaian. ada yg menggendong anak. ada yg sedang memegang troli anak die sambil kepala tertinjau2 mencari kelibat sang isteri. ho ho!

ok. berbalik kepada tajuk asal entry ni. tahun 2009 merupakan tahun yg lancar sahaja bagi aku..banyak yg manis, banyak juga yg pahit. 01/01/09 aku xraikan d mana2.seingat aku, aku hanya duduk d rumah. fyi, tahun lepas aku latihan praktikal d sabah tanah airku. so, selama lebih kurang 8bulan aku d kk sebelum balik semula ke selangor untuk menghabiskan degree aku yg tggal cuma 2sem sahaja. dan sekarang, aku di final sem!

01/12/08 - 31/05/09 ~~praktikal d AKI & Co.


aku berpeluang menjalani pekerjaan sebagai seorang auditor. sedikit sebanyak pengalaman berguna yg aku dapat. pernah dimarah client n client tu telah terminate kami sbg auditornya tapi aku bersyukur kerana AKI mementingkan ethic. client tersebut secara tambah tolaknya cuba mahu memalsukan *tuuuuuut* (harap maap, xblh cte dgn lebih detail)

di tahun 2009 juga aku dapat seorang kawan baru yg diberi nama TRI PARSAnTI SUJANO.


aku dgn dia ni mmg ngam! satu kepala la orang bilang*. dia sama2 praktikal ngn aku d AKI. sepanjang d KK, dia la kwn aku shoping, begila, makan2, n tgk muvi! dan dia ni selalu ja ada masalah cinta! hahaha~~

di tahun 2009 ni JUGA...aku 1st time berjauhan dengan yg terchenta..8bulan weh..mo dekat setahun..haha selalunya sebulan lebih ja..tp xpa, aku cakap kat c terchenta, ni satu training utk yg lebih lama lagi bila aku dah abis blajar nanti.hehe

DAN........di tahun ni juga, berat ku bertambah2..mungkin sebab duduk d uma kot.hihi~~

so, harapan tahun ni, aku dapat graduate ngan result yang bagus2 n my family sentiasa diberikan kesihatan yg baik2. dipanjangkan jodoh bersama yg terchenta dan segala2nya yg baik2 la..aku harap tahun ni lebih baik dari tahun2 sebelum ni..AMINNN~~ (semua yg baik itu dtgnya dr Allah dan yg buruk itu dtgnya dr kita umat manusia sbg insan yg lemah~~)